Sunday, March 04, 2012

Cerita Budak Nakal Bercakap Bahasa Inggeris

Salam sejahtera.

Saya ada satu cerita nak diceritakan kepada anda.

Di suatu tengah hari dalam sebuah bas...

Pelancong: “Hi, could you please tell me how to go to National Monumen?”

Pelajar nakal 1: “Wei National Monumen tu benda apa?”

Pelajar nakal 2: “Dia nak gi umah Mak Cik Maimun kot.”

Pelajar nakal 1: "Hish takkan lah dia datang jauh-jauh nak cari rumah Mak Cik Maimun. Ok you go straight.. don’t belok-belok. Don’t belok-belok! Straighttt jer... Ok?”

Pelancong: (Bingung)

Pelajar contoh: "Miss, I can help you, if you wanna go to National Monumen, you go straight and you'll find a sign board. Then follow the sign board".

Pelancong: “Thank you very much.”

Pelajar contoh: “Tu lah, orang suruh belajar tak nak belajar. National Monument tu Tugu Negara la.. Nah baca NST selalu. Senang dapat kerja.”


Mungkin anda pernah tengok iklan ini di kaca TV. Ya, iklan ini menggambarkan betapa sebahagian besar masyarakat Malaysia masih lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Bagaimana pula dengan anda?

Apakah situasi anda sama dengan pelajar nakal di atas? Maksud saya anda masih lagi tersekat-sekat dan teragak-agak untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun anda seorang pelajar universiti. Rentetan daripada ini juga anda sukar untuk memperoleh pekerjaan setelah menamatkan pengajian kerana masalah komunikasi Bahasa Inggeris.

Jika jawapan anda ‘Ya’ tidak mengapa. Jangan berdukacita dan gundah gulana. Sahabat saya saudara Hafiz Lidin kini baru sahaja melancarkan panduan beliau yang bertajuk Strategi Rahsia Kuasai Bahasa Inggeris. Saya beritahu anda, ebook ini lain daripada yang lain. Ia mendedahkan kepada anda strategi yang anda perlu ada untuk menguasai bahasa inggeris.

Di samping itu, teknik untuk bercakap Bahasa Inggeris dengan lancar juga diterangkan dengan panjang lebar dalam ebook ini. Klik di sini untuk dapatkan maklumat lanjut.

Labels: